April 27, 2014

Pantai


Assalamualaikum and hi.

Petang semalam pergi pantai. Tersangat la best sebab diri ini sukakan pantai. Best sesangat sebab pantai ni menenangkan.

Tak plan pun nak pergi and just sehelai sepinggang. Haha. Main-main ombak yang agak kuat juga la tadi. Heavennyaaaaa dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. *banyak peribahasa pula

Petang tu juga juga sebenarnya nak pergi cari remis. Kononya. Sebab biasanya musim remis bulan April ni. Tapi takada pun masa tu. Dah habis kot sebab penghujung April atau kenapa entah. Pelik juga dengan air laut-ombak tu yang kuat. Nampak laut yang kebiruan dari jauh.

Tapi tetap best. Pergi reramai satu family. Cukup semua. Time berkumpul satu family memang best. Tak kira raya lagi semua ada. Saudara sepupu dan lagiiiiiii. Haha. 

No pic for yesterday. Malas nak upload dari phone. Sumber ehsan dari google je yang atas tu. Hehe.

Enjoy the day for yesterday's evening. Lagi heaven kalau rumah tepi pantai. Haha. Boleh pergi pantai hari-hari la kan? Macam-macam kau ni. 

Salam sayang. Wassalam. :)