May 14, 2014

Cerita Pagi Tadi


Assalamualaikum and hi.

Pagi tadi terlewat bangun sebab aku rasa aku mimpi. Tak, memang aku mimpi. Dalam mimpi tu ada iz (spp). Aku tengah borak-borak dengan dia dan bagitahu dia aku bakal masuk matrik. Cehhh bakal student matrik ooo. Entah aku rasa aku ngan dia ni duk senyum-senyum kambing je. Tak cakap pun. Haha

Tetibe, Then, Tetibe, umie kejut aku. Mungkin banyak kali kot umie kejut aku sampai umie cakap,

" Bangunla kakak. nanti belajar umie tak kejut dah. Masing-masing sendiri. "

Gulp. Apa lagi, bangunla. Hilang terus mimpi tapi still ingat lagi sikit-sikit. Biasa mimpi dah tak ingat dah. Haha

Semalam aku buat confession yang aku betul-betul confirm aku nak gi matrik kat umie abie.

Abie terus tanya " nak duk hotel ka homestay kita ni ? "

Hancur luluh hati aku ni. huahuahua. Memandangkan tempat tinggal aku ni jauh daripada KMPP tu, so kena pergi awal sehari la. Hari isnin (26/5) aku daftar. So ahad tu dah kena pergi.

Umie pun cakap " kita pergi hari sabtu. Sempat jalan-jalan kejap kat Pulau Pinang. Haa beli barang hostel tu kat situ je. Bawak baju je pergi. "

Ewahhhh parents aku ni. Aku rasa nak nangis je. Dahla kena pergi jauh dengan family. Nanti diaorang hantar aku kat sana, sedap melancong la sebab dah start cuti sekolah.

Tapi nasib badan. Aku kan nak pergi belajar. Kena semangat !

Yeah Fiqah ! semangat !!

Oh ya, petang tadi pergi bank Bsn. Buat buku bank baru. Yang lama aku dah tak tahu kat mana. Aku bukak buku bank masa 2004 ada duopuluh je kat dalam. Haha. Siap bayar apa semua. Pergi buat gambar passport pulak. Asal gambar sekarang makin cerah hah? aku tengok gambar aku tu jadi aku yang pucat. Cahaya lebih putih melepakk. Aha

gtg, Wassalam. :)


May 13, 2014

Conversation #1


Assalamualaikum and hi.

I'm going to study again soon. Sedihnya. Dah tak banyak masa nak spent time kat rumah.
Kau dah 5 month stay kat rumah, not doing anything. *sigh


Hai kawan baik. Jangan lupa aku dah. Aku belajar elok-elok. Dan kau pun belajar elok-elok.

Sama-sama nak berjaya.

Kbai. wassalam.

May 11, 2014

Diploma or Matrikulasi ?


Assalamualaikum and hi.

As all of you, rata-rata dah tahu result for UPU dah keluar 10 Mei 2014 pada pukul 12 tengahari.
Bila dah keluar keputusan tu, mesti ramai yang tanya ,

UPU dapat mana ?

Haaaa, familiar tanya macam ni.
Dapat mana? Nak pergi ke tak?

For yang dapat sambung belajar kat ipta or matrikulasi or form 6, TAHNIAH untuk kau orang. Alhamdulillah dapat sambung belajar balik. Yang tak dapat upu or matrikulasi tu jangan sedih-sedih.
Allah is the best planner. Put trust on Him. Mungkin ada hikmah disebalik semua tu.
Don't give up and keep praying ! :)

Belajar mana-mana pun sama, asal niat belajar kerana Allah.

Alhamdulillah permohonan upu aku berjaya. Permohonan aku untuk matrikulasi pun aku dapat.
Sekarang just nak pilih and aku keliru mana satu pilihan hati. Nak masuk matrik pun ada, nak pergi for pilihan upu pun ada. For the best result, I have to do solat istikharah. Insyaallah ada pilihan yang tepat.





Yang mana better to choose, diploma or matrikulasi ?

Maybe aku pilih matrikulasi.
Kau mampu ke ?

----------------------------------------------------

Insyaallah aku yakin aku boleh.
Kalau nakkan sesuatu kena usaha kan.
Lagipun aku yang nak study, bukan kau!
Hope, aku boleh carry on semua ni. Pilihan aku now. Tebus balik apa yang aku tak dapat masa Spm.
Insyaallah aku akan dapatkan jugak 4 flat tu. Aminn.

Wassalam. :)