May 14, 2014

Cerita Pagi Tadi


Assalamualaikum and hi.

Pagi tadi terlewat bangun sebab aku rasa aku mimpi. Tak, memang aku mimpi. Dalam mimpi tu ada iz (spp). Aku tengah borak-borak dengan dia dan bagitahu dia aku bakal masuk matrik. Cehhh bakal student matrik ooo. Entah aku rasa aku ngan dia ni duk senyum-senyum kambing je. Tak cakap pun. Haha

Tetibe, Then, Tetibe, umie kejut aku. Mungkin banyak kali kot umie kejut aku sampai umie cakap,

" Bangunla kakak. nanti belajar umie tak kejut dah. Masing-masing sendiri. "

Gulp. Apa lagi, bangunla. Hilang terus mimpi tapi still ingat lagi sikit-sikit. Biasa mimpi dah tak ingat dah. Haha

Semalam aku buat confession yang aku betul-betul confirm aku nak gi matrik kat umie abie.

Abie terus tanya " nak duk hotel ka homestay kita ni ? "

Hancur luluh hati aku ni. huahuahua. Memandangkan tempat tinggal aku ni jauh daripada KMPP tu, so kena pergi awal sehari la. Hari isnin (26/5) aku daftar. So ahad tu dah kena pergi.

Umie pun cakap " kita pergi hari sabtu. Sempat jalan-jalan kejap kat Pulau Pinang. Haa beli barang hostel tu kat situ je. Bawak baju je pergi. "

Ewahhhh parents aku ni. Aku rasa nak nangis je. Dahla kena pergi jauh dengan family. Nanti diaorang hantar aku kat sana, sedap melancong la sebab dah start cuti sekolah.

Tapi nasib badan. Aku kan nak pergi belajar. Kena semangat !

Yeah Fiqah ! semangat !!

Oh ya, petang tadi pergi bank Bsn. Buat buku bank baru. Yang lama aku dah tak tahu kat mana. Aku bukak buku bank masa 2004 ada duopuluh je kat dalam. Haha. Siap bayar apa semua. Pergi buat gambar passport pulak. Asal gambar sekarang makin cerah hah? aku tengok gambar aku tu jadi aku yang pucat. Cahaya lebih putih melepakk. Aha

gtg, Wassalam. :)